Bekam wanita 018 900 9493

Monthly Archives: May 2019

Boleh atau tidak bekam semasa puasa

Pelanggan tanya boleh ke bekam bulan puasa ni, risau dia takut batal.

Bekam semasa bulan Puasa tidak membatalkan Puasa tetapi bagi saya

“Adakah perlu berbekam di sianghari atau perlu berbekam di malam hari”.

Biasanya saya akan bagitau berberapa perkara ni semasa membuat tempahan rawatan bekam.

1: Bekam awal pagi, terbaiknya pukul 9 atau 11 . Waktu ini badan masih bertenaga. Bagi mereka yang tiada masalah kesihatan.

2 : Pernah pitam tak? Kes macam ni seeloknya lepas berbukan bekam boleh dilakukan.
Batal puasa nanti kalau pitam.

3 : Kenapa nak bekam? Andaikata perlukan bekam kita bekamkan, SYARATNYA badan tetap stabil selepas rawatan tiada masalah kesihatan sampai memudaratkan puasa kita.

4. Kadar kesihatan badan, adakah mempunyai Penyakit kritial, Kencing manis,Tekanan darah tinggi. Ini bergantung pada kesihatan . Jika ada elakkan berbekam pada siang hari. Penyakit bergini perlu mendapatkan nasihat doctor perubatan sebelum melakukan rawatan bekam.

5) Jika pelanggan mempunyai hypo,mengeletar tidak disarankan berbekam pada bulan puasa waktu siang hari.

Saya pengamal rawatan mempunyai persijilan dan ada panduan untuk rawatan bekam . Perbincangan di peringkat awal sangat diperlukan bagi membantu proses penerimaan untuk melakukan rawatan bekam.

Nor Azura Idris 018 9009493